Bagaimana  hendak memulakan perniagaan. Mungkin ada dikalangan anda sudah biasa  dengan dunia perniagaan, dan mungkin ada juga dikalangan anda tidak tahu  bagaimana hendak memulakan perniagaan.
Di sini saya ada sediakan serba sedikit pengalaman saya dalam dunia perniagaan.
Walau bagaimanapun, mula-mula kita perlu ketahui macam mana hendak buka perniagaan.
Langkah 1
1.1 Perkara yang paling utama ialah  merancang perniagaan anda. Apa yang hendak anda jual kepada pelanggan  atau memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna.
1.2 Setelah merancang perniagaan anda. Perkara yang berikutnya ialah Lokasi perniagaan anda. Lokasi merupakan aset yang paling penting dalam merancang perniagaan.
Langkah 2
2.1 Setelah anda merangcang dan  menetapkan lokasi tempat yang anda ingin mulakan perniagaan. Anda  hendaklah membuat kira-kira (modal yang diperlukan) untuk memulakan  perniagaan.
2.2 Jika modal yang diperlukan sudah dikenal pasti, Yang berikutnya ialah merangcang jenis perniagaan, sama ada dalam bentuk perkongsian atau persendirian.
2.3 Jika anda tidak mempunyai modal yang mencukupi, anda disarankan mendapatkan bantuan kewangan dari ahli keluarga terlebih dahulu. Jika tiada, minta bantuan rakan-rakan anda yang difikirkan boleh membantu.
2.4 Jika sumber kewangan bukan dari anda sendiri, cuba berbincang dengan orang yang membantu kewangan anda sama ada mereka ingin turut serta dalam dunia perniagaan anda atau anda sendiri yang fikirkan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

 
No comments:
Post a Comment