Friday 30 September 2011

Forbes list of billionaires (2011)

Di manakah kelemahan usahawan-usahawan melayu?



Seringkali kita mendengar usahawan melayu semakin layu dan mundur.. jauh ketingggalan jika dibandingkan dengan kaum lain. Di manakah silapnya? Adakah usahawan melayu hanya mengharapkan bantuan kerajaan untuk terus maju? Adakah usahawan melayu tidak mampu berdiri sendiri untuk terus bersaing di arena global? Bagaimana kita melihat kaum lain terus berdiri teguh mengepalai arena perniagaan di negara kita? Banyak persoalan yang mungkin  di benak pemikiran kita tentang di manakah kekuatan usahawan melayu untuk terus unggul dan berdiri teguh di arena perniagaan di negara sendiri.

Jika difikirkan secara mendalam, banyak kelemahan-kelemahan yang telah wujud dan masih wujud dalam diri usahawan-usahawan bumiputera yang mungkin menjadi aral yang melintang di tengah-tengah untuk terus maju dan berkembang. Cuba kita perhatikan beberapa kelemahan yang mungkin  menjadi tunjak kepada kejatuhan usahawan bumiputera untuk terus mundur dan layu...

1.         MeLAYUkan AGAMA kita,
2.         MeLAYUkan CARA kita,
3.         MeLAYUkan BANGSA kita,
4.         MeLAYUkan SEMANGAT kita,
5.         MeLAYUkan MOTIVASI DIRI kita,
6.         MeLAYUkan SIKAP kita,
7.         MeLAYUkan PERNIAGAAN kita,
8.         MeLAYUkan TINGKAH LAKU kita,
9.         MeLAYUkan MATLAMAT kita,
10.     MeLAYUkan KEHIDUPAN kita,
11.     MeLAYUkan TARAF HIDUP kita,
12.     MeLAYUkan IMPIAN kita,
13.     MeLAYUkan KEKAYAAN kita,

Adakah kita tergolong dalam sikap-sikap seperti di atas? Banyak perbezaan dalam maksud MELAYU dengan meLAYU. Kita adalah kaum majoriti di Malaysia, yg sepatutnya menjadi tunggak kepada semua bidang termasuk perniagaan. Banyak kekuatan bangsa melayu yang mungkin kita terlepas pandang atau tidak di ambil berat sebagai motivasi diri kita untuk terus maju dan terus hebat di arena perniagaan.

Post seterusnya, sy akan bincangkan tentang KEKUATAN usahawan-usahawan melayu yang mampu dibangkitkan dan dibangunkan...



Thursday 29 September 2011

Apa itu Pelan Perniagaan (Rancangan Perniagaan)?



Definisi
1.     Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang
      hendak dijalankan.
2.     Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan
langkah-langkah yanbg akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan
dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan

Kegunaan (RP)
• Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
• Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
• Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
• Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi
cadangan pembiayaan.
• Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.
Pengumpulan Maklumat Penyediaan (RP)
• Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
• Statistik
• Data ekonomi
• Data perdagangan
• Penyelidikan pasaran

Kandungan (RP)
1. Jadual Kandungan
2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
3. Pengenalan
4. Tujuan Penyediaan RP
5. Latar belakang perniagaan/syarikat
6. Latar belakang pemilik
7. Rancangan organisasi/pengurusan
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
12. Rumusan

Penyediaan (RP)
1. Pengenalan
• Nama Syarikat
• Jenis Perniagaan yang diceburi
• barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
• lokasi premis
• tarikh perniagaan dimulakan
• latar belakang industri dan tren pasaran
• Senario masa hadapan

2. Tujuan Penyediaan RP
Nyatakan sama ada:
• memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
• merancang pelaksanaan projek baru
• untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
• atau lain-lain tujuan

3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat
• Nama perniagaan
• Alamat, No. Telefon
• Bentuk perniagaan
• Kegiatan utama
• Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
• No. Pendaftaran Perniagaan
• Modal permulaan, modal dibenar
• Nama dan alamat pemegang saham
• Nama bank (jika ada)
• No. Akaun Perniagaan(jika ada)

4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham
• Nama, alamat, no. telefon
• Kelulusan akademik
• Pengalaman/kemahiran

5. Rancangan Organisasi/Pengurusan
• Matlamat dan strategi syarikat
• Struktur/carta syarikat
• Senarai kakitangan pengurusan
• Senarai perjawatan
• Tanggungjawab setiap jawatan
•  Imbuhan/gaji bagi setiap jawatan

6. Rancangan Pemasaran
• Analisis Pasaran
• untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran
dan barangan/ perkhidmatan.
• mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.
• mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).
• Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.
• Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.
• Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.
• Ramalan Jualan
• syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.
• Strategi Pemasaran
• Strategi pemasaran secara keseluruhan
• bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan
• kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya
• Strategi barangan
• faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan
• Strategi harga
• penentuan harga
• tawaran harga dan sebagainya.
• Strategi Pengedaran
• cara pengedaran dibuat
• kos-kos yang terlibat
• rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut
• Strategi promosi
• teknik-teknik promosi yang akan dijalankan
• Belanjawan pemasaran

7. Rancangan Pengeluaran/Operasi
• Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
• Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
• Keupayaan pengeluaran
• Rancangan pengeluaran
• jumlah pengeluaran
• keupayaan maksimum penyimpanan stok
• Senarai bahan mentah (jika ada)
• Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
• Pengendalian mesin/peralatan

8. Rancangan Kewangan
Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat
berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu
realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan
belanjawan.
Bahagian ini merangkumi :
• Kos pelaksanaan projek
• Sumber pembiayaan
• modal sendiri
• pinjaman bank
• sewa beli
• lain-lain
• Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5 tahun)
• Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5 tahun)
• Analisis Titik Pulang Modal

9. Jadual Pelaksanaan Projek
Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.
10.Rumusan/Justifikasi
Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan
tersebut.
Nota:
Sumber rujukan
- 'Asas Keusahawanan' oleh Pusat Pembangunan Usahawanan Malaysia (MEDC)
- 'Outline for a Business Plan' - Arthur Young.