Saturday 1 October 2011

Siapa yang Memerlukan Rancangan Perniagaan?

1.         Usahawan/Penternak
- Untuk membantu usahawan memahami projek sendiri dengan lebih mendalam.
- Untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan.
- Untuk tujuan pelaburan, skim khas atau pelaburan rakan kongsi.
2.         Institusi Kewangan/pelabur
- Untuk menjustifikasikan permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman,
  skim khas atau pelaburan rakan kongsi.
3.          Pembekal
-  Untuk meyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan
   pernaigaan kearah mendapatkan bekalan barangan atau bahan secara kredit.
4.            Kakitangan
-  Untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tertentu terutamanya
   pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan pernaigaan serta peranan
   mereka.
5.          Pengeluar tender/kontrak (pelanggan)
- Untuk meyakinkan pihak-pihak yang mengeluarkan tender atau sebutharga
  bahawa perniagaannya mampu mengisi keperluan kontrak kerja dengan baik
  dan berterusan

No comments:

Post a Comment