Definisi
1.     Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang 
      hendak dijalankan. 
2.     Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan
langkah-langkah yanbg akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan
dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan
langkah-langkah yanbg akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan
dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan
Kegunaan (RP) 
• Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal. 
• Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan. 
• Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya. 
• Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi 
cadangan pembiayaan. 
• Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik. 
Pengumpulan Maklumat Penyediaan (RP) 
• Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan 
• Statistik 
• Data ekonomi 
• Data perdagangan 
• Penyelidikan pasaran 
Kandungan (RP) 
1. Jadual Kandungan
2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
3. Pengenalan
4. Tujuan Penyediaan RP
5. Latar belakang perniagaan/syarikat
6. Latar belakang pemilik
7. Rancangan organisasi/pengurusan
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
12. Rumusan
2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
3. Pengenalan
4. Tujuan Penyediaan RP
5. Latar belakang perniagaan/syarikat
6. Latar belakang pemilik
7. Rancangan organisasi/pengurusan
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
12. Rumusan
Penyediaan (RP) 
1. Pengenalan 
• Nama Syarikat 
• Jenis Perniagaan yang diceburi 
• barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
• lokasi premis 
• tarikh perniagaan dimulakan 
• latar belakang industri dan tren pasaran 
• Senario masa hadapan
 
 
2. Tujuan Penyediaan RP
Nyatakan sama ada:
Nyatakan sama ada:
• memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu 
• merancang pelaksanaan projek baru 
• untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan 
• atau lain-lain tujuan 
3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat 
• Nama perniagaan 
• Alamat, No. Telefon 
• Bentuk perniagaan 
• Kegiatan utama 
• Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan 
• No. Pendaftaran Perniagaan 
• Modal permulaan, modal dibenar 
• Nama dan alamat pemegang saham 
• Nama bank (jika ada) 
• No. Akaun Perniagaan(jika ada) 
4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham 
• Nama, alamat, no. telefon 
• Kelulusan akademik 
• Pengalaman/kemahiran 
5. Rancangan Organisasi/Pengurusan 
• Matlamat dan strategi syarikat 
• Struktur/carta syarikat 
• Senarai kakitangan pengurusan 
• Senarai perjawatan 
• Tanggungjawab setiap jawatan 
•  Imbuhan/gaji bagi setiap jawatan 
6. Rancangan Pemasaran 
• Analisis Pasaran 
• untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran 
dan barangan/ perkhidmatan. 
• mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan. 
• mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun). 
• Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya. 
• Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut. 
• Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut. 
• Ramalan Jualan 
• syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan. 
• Strategi Pemasaran 
• Strategi pemasaran secara keseluruhan 
• bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan 
• kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya 
• Strategi barangan 
• faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan 
• Strategi harga 
• penentuan harga 
• tawaran harga dan sebagainya. 
• Strategi Pengedaran 
• cara pengedaran dibuat 
• kos-kos yang terlibat 
• rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut 
• Strategi promosi 
• teknik-teknik promosi yang akan dijalankan 
• Belanjawan pemasaran 
7. Rancangan Pengeluaran/Operasi 
• Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya. 
• Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan) 
• Keupayaan pengeluaran 
• Rancangan pengeluaran 
• jumlah pengeluaran 
• keupayaan maksimum penyimpanan stok 
• Senarai bahan mentah (jika ada) 
• Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan 
• Pengendalian mesin/peralatan 
8. Rancangan Kewangan 
Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat
berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu
realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan
belanjawan.
berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu
realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan
belanjawan.
Bahagian ini merangkumi : 
• Kos pelaksanaan projek 
• Sumber pembiayaan 
• modal sendiri 
• pinjaman bank 
• sewa beli 
• lain-lain 
• Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5 tahun) 
• Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5 tahun) 
• Analisis Titik Pulang Modal 
9. Jadual Pelaksanaan Projek 
Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek. 
10.Rumusan/Justifikasi
Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan
tersebut.
Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan
tersebut.
Nota:
Sumber rujukan
- 'Asas Keusahawanan' oleh Pusat Pembangunan Usahawanan Malaysia (MEDC)
- 'Outline for a Business Plan' - Arthur Young.
Sumber rujukan
- 'Asas Keusahawanan' oleh Pusat Pembangunan Usahawanan Malaysia (MEDC)
- 'Outline for a Business Plan' - Arthur Young.

 
No comments:
Post a Comment